Berita KBS

Lawatan Kerja Ke Impact Integrated

Lawatan Kerja Ke Impact Integrated

12 Februari 2026, Puchong, Selangor - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan mengadakan lawatan kerja ke Impact Integrated bagi memahami secara lebih mendalam peranan, fungsi serta inisiatif agensi ini dalam memperkasa pembangunan belia dan sukan negara.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat kepimpinan dan dialog strategik bersama pengurusan tertinggi, diikuti sesi libat urus bersama warga kerja bagi menyampaikan amanat serta bertukar pandangan secara terbuka.

YB Menteri turut mengadakan sesi walkabout ke fasiliti Radio Kita (Rakita 107.9) dan Hab e-Sukan (ESI Hub) bagi meninjau pelaksanaan program serta kemudahan yang menyokong pembangunan industri kreatif dan e-sukan.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada siri sesi libat urus dan turun padang YB Menteri bersama agensi-agensi di bawah KBS, bagi mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung operasi, keutamaan semasa serta hala tuju strategik kementerian.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.