Berita KBS

Naziran Pematuhan Etika Kerja Warga Kbs Di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Petaling, Selangor

Naziran Pematuhan Etika Kerja Warga Kbs Di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Petaling, Selangor

12 Februari 2026, Shah Alam – Naziran pematuhan etika kerja warga KBS telah diadakan oleh Unit Integriti (UI) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Petaling, Negeri Selangor. Naziran integriti yang dilaksanakan secara mengejut ini memberi fokus kepada semakan rekod pematuhan waktu bekerja, etika penampilan, catatan pergerakan keluar pegawai serta persekitaran tempat kerja. Pihak UI merakamkan ucapan penghargaan kepada warga PBSD Petaling di atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi tersebut berlangsung.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 22-04-2026, 11:02:07
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.