Sesi Perkongsian Pembaharuan Pelan Antirasuah Organisasi (OACp) Bersama Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS)
- ukk
12 Februari 2026, Bukit Raja Klang – Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPJS) telah menganjurkan Bengkel Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Peringkat Pejabat Pesuruhjaya Sukan Bagi Tahun 2027-2031. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk membuat semakan semula dan merancang pelan tindakan baharu dalam usaha memastikan kelemahan governans, integriti dan rasuah dapat ditangani seiiring dengan hasrat Kementerian.
Menerusi bengkel tersebut, Unit Integriti (UI) KBS telah berkongsi maklumat dan informasi berhubung tadbir urus baik organisasi, isu ketidakpatuhan tatakelakuan, isu-isu semasa yang berkaitan serta cadangan penambahbaikan yang perlu diberi perhatian sebagai inisiatif tindakan pada masa akan datang. Bengkel anjuran PPJS ini telah dihadiri oleh Tuan Arrifin bin Mohd Ghani, Pesuruhjaya Sukan serta wakil UI.
