Majlis Prapeluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan
- ukk
16 Februari 2026, Putrajaya - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini menyempurnakan Majlis Prapeluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di Menara KBS, Putrajaya.
Inisiatif kolaborasi strategik antara KBS dan JAKIM ini mengangkat masjid sebagai hub transformasi belia — lebih dinamik, inklusif dan dekat di hati anak muda, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Menjelang Ramadan 1447H, Program Rakan Muda Ramadan bakal digerakkan di 15 lokasi (semua negeri dan Wilayah Persekutuan) dan 113 daerah seluruh negara, dengan penyertaan belia melalui pengisian berteraskan aktiviti keagamaan dan kesukarelawanan.
Kemuncaknya, Peluncuran rasmi akan berlangsung sempena Iftar MADANI bersama YAB Perdana Menteri pada 22 Februari 2026 dengan sasaran kehadiran sekitar 10,000 pengunjung — majoritinya anak muda.
Program ini adalah bukti bahawa pembangunan belia bukan kerja satu pihak sahaja. Apabila kementerian, agensi, institusi masjid dan komuniti berganding bahu — lahirlah ekosistem belia yang progresif, berjiwa komuniti dan penuh nilai.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
