Sesi Amanat Dan Penyerahan Surat Penempatan Kadet Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) Intan Tahun 2025/2026
- ukk
16 Februari 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah menyampaikan amanat serta menyerahkan surat penempatan kepada Kadet Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA).
Kesemua kadet akan menjalani latihan praktikal di bawah submodul Strategic Partnership Programme (SPP) bermula 16 Februari hingga 20 Mac 2026 di beberapa Bahagian KBS.
Dalam amanatnya, YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU menekankan bahawa setiap kadet perlu menjadikan pengalaman di KBS sebagai ruang pembelajaran yang menyeronokkan sambil memahami realiti budaya kerja sebenar. Beliau turut mengingatkan agar sentiasa memelihara integriti, mengamalkan nilai murni serta berpegang kepada prinsip “Do the right things” dalam setiap tindakan.
Seiring arus transformasi digital, para kadet juga disaran memanfaatkan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi mempercepat dan memperkemas pelaksanaan tugasan. Pada masa yang sama, kecemerlangan kendiri perlu sentiasa dipupuk dengan memberikan komitmen dan prestasi terbaik dalam setiap amanah yang diberikan.
Beliau turut berpesan agar penggunaan media sosial dibuat secara berhemah demi menjaga imej Perkhidmatan Awam dan nama baik organisasi.
Selamat menjalani latihan dan menimba pengalaman berharga buat semua Kadet DPA. Terus cemerlang bersama #TeamKBS 💪
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
