Berita KBS

KBS DAN MyCC METERAI SURAT PERSEFAHAMAN PERANGI KARTEL DAN TIPU BIDA DALAM PEROLEHAN

KBS DAN MyCC METERAI SURAT PERSEFAHAMAN PERANGI KARTEL DAN TIPU BIDA DALAM PEROLEHAN

26 Februari 2026, Putrajaya - KBS hari ini memeterai Surat Persefahaman (LoU) bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sebagai langkah strategik memperkukuh integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan, khususnya dalam membanteras amalan kartel dan tipu bida (bid rigging).

Majlis ini telah disaksikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan dan YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Lobi, Menara KBS.

LoU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha bagi pihak KBS dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Harun, Pengerusi bagi MyCC.
Inisiatif ini bukan sekadar memenuhi protokol rasmi, tetapi mencerminkan tekad dan keberanian untuk menangani cabaran lama dalam sistem perolehan negara disamping membendung ketirisan, mengawal peningkatan kos projek serta melindungi kontraktor dan pembekal yang jujur.

Melalui kerjasama ini, tiga fokus utama telah dipersetujui:
i) Pemantauan dan pengesanan corak bidaan mencurigakan
ii) Perkongsian data serta saluran pelaporan dua hala
iii) Pendidikan, advokasi dan latihan kepada pegawai perolehan

Kerjasama ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh tatakelola, meningkatkan ketelusan dan menutup ruang ketirisan dalam pengurusan kewangan awam.
Hadir sama YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

#TeamKBS #KitaSemuwTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 22-04-2026, 11:02:07
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.