Berita KBS

Majlis Perasmian MyAthlete Center

Majlis Perasmian MyAthlete Center

26 Februari 2026, Bukit Jalil - Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah merasmikan MyAthlete Center yang diadakan di Pavilion MSN Bukit Jalil.

MyAthlete Center yang merupakan pertama seumpamanya di Malaysia adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara sebagai hab kesejahteraan holistik yang menyokong kesihatan mental, kebajikan serta perancangan kerjaya atlet.

Istimewanya, pusat ini dikendalikan oleh atlet sendiri secara sambilan — centre for athletes, by athletes.

Turut diumumkan pelantikan 16 bekas atlet kebangsaan sebagai jurucakap rasmi MACE, antaranya bekas jaguh badminton negara, Goh Liu Ying, bekas ratu gimrama, Farah Ann Abdul Hamid yang akan berperanan sebagai “duta kecil” dalam menyebarkan maklumat sahih sukan negara.

Majlis turut menyaksikan pemeteraian MoU antara Majlis Sukan Negara bersama MACE Partners iaitu Bubbles O2, ZUS Coffee dan IKEA Malaysia (IKANO Retail) bagi membuka peluang kerjaya inklusif kepada atlet kebangsaan dan negeri.

Inisiatif ini bakal diperluas ke Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan dan Kompleks Sukan MSN Nilai.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.