Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Belia dan Sukan WP Labuan
- ukk
27 Februari 2026, WP Labuan - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, turun padang menyertai sesi libat urus bersama pemegang taruh belia dan sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai dan terbuka ini menghimpunkan 60 orang wakil terdiri daripada persatuan, penggerak belia, komuniti sukan serta Rakan Muda sekitar WP Labuan. Platform ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendengar secara langsung pandangan, cadangan dan realiti di lapangan.
Setiap input yang dikongsikan — sama ada berbentuk idea, pandangan mahupun teguran membina — menjadi asas penting dalam memperkukuh ekosistem pembangunan belia dan sukan negara. Suara akar umbi terus menjadi kompas dalam merangka dasar dan inisiatif yang lebih responsif serta berimpak.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
