Majlis Perakuan Pendudukan Separa bagi Blok Dewan dan Blok Pentadbiran KOMBES Labuan
- ukk
27 Februari 2026, WP Labuan - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Perakuan Pendudukan Separa bagi Blok Dewan dan Blok Pentadbiran serta infrastruktur berkaitan di KOMBES Labuan.
Projek naik taraf bernilai kira-kira RM21 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini, sekali gus menyediakan fasiliti yang lebih lengkap dan kondusif untuk pembangunan belia dan sukan di Labuan
Komitmen KBS kekal jelas dalam memastikan kemudahan sukan yang berkualiti, selamat dan inklusif dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi geografi, sekali gus memperluas akses dan penyertaan sukan di seluruh negara.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
