Berita KBS

Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)

Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)

YAB Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan insentif kemenangan dibawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah hampir RM2.4 juta susulan pencapaian cemerlang atlet negara di temasya Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Para ASEAN Kemboja 2023.

Majlis gilang gemilang ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyaksikan pemenang pingat Sukan SEA Kemboja 2023 menerima jumlah keseluruhan ganjaran lebih RM1.2 juta dengan kem olahraga dan pencak silat mengumpul jumlah insentif tertinggi.

Olahraga yang membawa pulang 5 emas, 3 perak dan 11 gangsa menerima insentif keseluruhan RM141,00.00 manakala pencak silat yang memenangi 4 emas, 5 perak dan 4 gangsa menerima RM115,000.00 insentif keseluruhan.
Bagi pemenang pingat Temasya Sukan Para ASEAN pula, atlet-atlet membawa pulang ganjaran SHAKAM berjumlah RM1.18 juta dengan atlet para renang membawa pulang kira-kira RM500,000 atas kejayaan cemerlang meraih 26 pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa.

Majlis turut meraikan kejayaan atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik Khas 2023 di Berlin, Jerman. Kontinjen Malaysia yang membawa pulang 4 emas, 5 perak dan 9 gangsa menerima insentif khas berjumlah RM95,500 keseluruhan.
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.