Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026
- ukk
28 Februari 2026, WP Labuan - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merasmikan Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026 yang berlangsung bersempena inisiatif SejaTi MADANI x Belia.
Program ini memfokuskan pengukuhan peranan pertubuhan belia dalam memacu pembangunan sosioekonomi, memperkasa kepimpinan muda serta meningkatkan akses kepada maklumat yang tepat dan berfokus.
Turut diberi penekanan ialah kesiapsiagaan pertubuhan belia dalam memanfaatkan sokongan kerajaan melalui Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).
Semoga platform ini terus memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia demi pembangunan belia yang progresif dan mampan di Wilayah Persekutuan Labuan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
