Majlis Penutupan Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah 2026
- ukk
28 Februari 2026, Sabah - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan Majlis Penutupan Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah 2026, yang diadakan bersempena inisiatif SejaTi MADANI x Belia.
Program yang melibatkan 200 orang peserta ini mencerminkan komitmen KBS untuk memastikan pertubuhan belia kekal aktif dan relevan, serta memanfaatkan inisiatif SejaTi MADANI bagi memperkukuh kepimpinan dan pembangunan komuniti belia.
Diharapkan platform ini terus mengeratkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia demi pembangunan belia yang progresif dan mampan di Negeri Sabah.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
