Berita KBS

PENILAIAN DAN PENGESAHAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE) OLEH INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

PENILAIAN DAN PENGESAHAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE) OLEH INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

5 Mac 2026, Putrajaya – Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) telah diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai penilaian kendiri bagi membantu setiap organisasi kerajaan menilai tahap kesihatan integriti diperingkat masing-masing.

Susulan dari inisiatif tersebut, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melaksanakan SPINE dengan menjalankan penilaian dan pengesahan bersama pegawai penilai IIM sebagai usaha mengurus risiko integriti, menambah baik kawalan dalaman serta mempertingkatkan tahap pematuhan dan ketelusan. 

Penyelarasan oleh Unit Integriti sebagai urus setia turut dibantu dan disokong oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Kewangan (BKew), Unit Audit Dalam (UAD), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) dan Bahagian Akauan (BA). Menerusi sesi penilaian ini adalah diharapkan agar KBS mampu mencapai penilaian tahap Unggul seterusnya mendapat pensijilan SPINE.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.