Berita KBS

Jelajah Imarah Rakan Muda

Jelajah Imarah Rakan Muda

14 Mac 2026, Kuala Lumpur - Malam ini Rakan Muda “lepak santai” di 8055 Coffee, Wangsa Maju, Kuala Lumpur bersama YB Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan.  

Sesi moreh dan sembang santai ini memberi ruang kepada anak-anak muda untuk berkongsi pandangan serta cadangan berkaitan pembangunan belia. Kami amat menghargai setiap idea yang disampaikan.  

Kementerian Belia dan Sukan akan terus komited mendengar suara anak muda serta melaksanakan inisiatif yang memberi impak positif dan selari dengan aspirasi mereka.  

Turut hadir ialah YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara serta En. Sabran Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  

Yakin Boleh, Rakan Muda!  

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.