Berita KBS

Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak

Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak

16 Mac 2026, Sarawak - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, YB Dato’ Sri Fatimah Abdullah di Baitul Makmur II, Petra Jaya, Kuching.

Pertemuan ini antara lain membincangkan usaha memperkasa pembangunan sukan para serta memperluas penyertaan atlet OKU di Sarawak. Perkara-perkara yang diketengahkan telah diambil maklum dan akan dibawa ke peringkat berkaitan untuk penelitian serta tindakan lanjut.

Kerjasama strategik antara kementerian dan kerajaan negeri amat penting bagi memastikan akses sukan yang lebih inklusif dan menyeluruh, selari dengan aspirasi melahirkan masyarakat aktif, sihat dan berdaya saing.  

Sukan bukan sekadar memburu pingat, tetapi menjadi platform membina keyakinan diri, membuka ruang peluang serta menyuntik inspirasi kepada setiap individu tanpa mengira latar belakang.  

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.