Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Ke ISN
- ukk
7 April 2026, Bukit Jalil - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengadakan lawatan kerja ke Institut Sukan Negara (ISN).
Lawatan ini memberi tumpuan kepada kemudahan dan fasiliti latihan, pelaksanaan program pembangunan atlet serta peranan strategik ISN dalam memastikan sokongan sains sukan dan kepakaran teknikal berada pada tahap optimum.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen KBS dalam memperkukuh ekosistem sukan negara secara holistik, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.
Bersama, kita perkukuh ekosistem sukan negara demi Malaysia yang lebih berdaya saing di pentas antarabangsa.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
