BERITA KBS
Lawatan Kerja Menteri Belia dan Sukan Ke Kompleks Sukan MSN dan Velodrome Kebangsaan
10 April 2026, Nilai, Negeri Sembilan - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan kerja ke fasiliti sukan yang terdapat di Kompleks Sukan MSN & Velodrome Kebangsan, Nilai.
Dalam lawatan ini, YB Menteri turut berkesempatan melihat secara dekat sesi latihan atlet melibatkan sukan memanah, silat, tinju dan berbasikal.
Lawatan ini membuka ruang kepada YB Menteri untuk mendengar secara langsung pandangan serta perkongsian daripada atlet dan jurulatih mengenai keperluan latihan dan persediaan semasa.
Usaha berterusan ini selaras dengan hasrat KBS untuk memastikan persekitaran latihan yang kondusif serta sokongan menyeluruh kepada pembangunan sukan negara.
Turut hadir YBhg. Datoβ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanM
