BERITA KBS
Majlis Perasmian Bangunan Akademi Sepaktakraw Malaysia
14 April 2026, Kuala Lumpur - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke Majlis Perasmian Bangunan Akademi Sepaktakraw Malaysia.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, sebagai manifestasi komitmen Kerajaan dalam memperkasa sukan sepak takraw negara.
Kompleks ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk penginapan atlet, gimnasium, bilik pembelajaran serta gelanggang latihan yang bersepadu di bawah satu bumbung.
Dalam majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi memperkukuh pengurusan Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
