Berita KBS

BERITA KBS

Perhimpunan Bulanan KBS - April 2026

14 April 2026, Kuala Lumpur - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Perhimpunan Bulanan KBS - bulan April 2026.

Dalam amanatnya, YB Menteri merakamkan penghargaan atas kejayaan pelaksanaan program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan. Beliau turut menekankan keperluan agar setiap program yang dilaksanakan disusuli dengan tindakan susulan yang berimpak bagi memastikan kesinambungan manfaat kepada golongan belia.

Menurut beliau, KBS perlu terus memacu usaha melahirkan belia berkaliber yang mampu memimpin negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. KBS juga berperanan sebagai jambatan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Bersempena sambutan Play True Day, warga KBS turut diseru untuk terus mempromosikan sukan bersih serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah Program Biggest Loser 2025. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Program ini merupakan inisiatif KBS dalam mempromosikan amalan hidup sihat dan aktif secara berterusan dalam kalangan warga KBS.

Turut hadir, YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Kongsi: f 𝕏
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 22-05-2026, 21:49:58
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.