BERITA KBS
Lawatan Kerja Ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok
15 April 2026, Bachok, Kelantan - YBhg. Datoβ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, Kelantan.
Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas bersama pihak pengurusan yang membentangkan pencapaian semasa serta hala tuju institusi. Dalam sesi amanat bersama warga kerja, beliau menekankan kepentingan peningkatan kualiti latihan kemahiran serta komitmen tenaga pengajar dalam melahirkan belia yang berdaya saing.
Lawatan turut merangkumi tinjauan fasiliti dan kemudahan kampus termasuk bengkel, asrama serta ruang pembelajaran. Selain itu, beliau turut menyertai sesi penanaman pokok sebagai simbol kelestarian dan beramah mesra bersama para pelajar di Dewan Serbaguna.
KBS komited untuk terus memperkasa pendidikan dan latihan TVET sebagai pemangkin pembangunan belia berkemahiran tinggi.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
