Lawatan Ke Tapak Projek SUKMA Kelantan
- ukk
16 April 2026, Kelantan - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek SUKMA Kelantan di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan.
Lawatan yang turut disertai YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ini bertujuan meninjau kemajuan awal di tapak serta mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung perancangan pembangunan prasarana yang akan dilaksanakan.
Turut diadakan sesi taklimat bagi memperincikan pelaksanaan projek agar berjalan lancar dan menepati jadual yang ditetapkan.
KBS komited memastikan setiap fasiliti yang dibangunkan memenuhi piawaian tinggi, sekali gus menyokong penganjuran SUKMA yang cemerlang serta memberi manfaat jangka panjang kepada atlet dan komuniti sukan negara.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
