Berita KBS

Majlis Peluncuran Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda 2026

Majlis Peluncuran Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda 2026

18 April 2026, Terengganu - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda 2026 di Pulau Redang, Terengganu.

Turut hadir YB Tuan Haji Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.
Program ini merupakan antara program utama dalam Kalendar Mega Rakan Muda 2026 yang berteraskan aktiviti kesukarelawanan berimpak tinggi untuk menjaga alam sekitar dan kelestarian negara.

Program ini akan diteruskan di pelbagai lokasi seluruh negara dengan sasaran penglibatan 7,500 belia dalam kalangan mahasiswa, belia bekerja dan komuniti setempat. Mereka ini diharap menjadi “ejen perubahan” untuk mengajak lebih ramai belia menghargai alam sekitar!  

KBS terus komited menjadikan Rakan Bumi sebagai model program kelestarian belia yang bukan sekadar program, tapi satu gerakan berterusan!

Turut hadir, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerj

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.