Berita KBS

Perasmian Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu

Perasmian Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu

18 April 2026, Terengganu - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, merasmikan Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu — bakal menjadi mercu tanda baharu untuk sukan air di negeri ini.

Perasmian ini turut disaksikan oleh YB Tuan Haji Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, serta YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

Pembangunan kompleks ini seiring dengan potensi ekonomi biru dan kelebihan Terengganu sebagai negeri pesisir pantai — memang tepat untuk memperkasa sukan air ke tahap lebih tinggi.

Dengan kemudahan yang lebih lengkap, lebih ramai anak muda akan berpeluang untuk meneroka dan menceburi sukan air — bukan sekadar hobi, malah boleh melangkah jauh hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Inisiatif seperti ini bukan sahaja melahirkan atlet, malah membentuk generasi belia yang aktif, berdaya saing dan berani mencabar diri.

 

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.