Berita KBS

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 1/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 1/2026

21 April 2026, Putrajaya - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Mesyuarat ini melibatkan pelbagai kementerian dan agensi bagi menyelaras dasar serta memperkukuh agenda pembangunan belia negara secara menyeluruh. Kerjasama merentas kementerian adalah pelaksanaan berteraskan whole-of-government approach bagi menguruskan perancangan dan pelaksanaan program lebih bersepadu.

Dalam sesi tersebut, agensi di bawah KBS iaitu Jabatan Belia dan Sukan (JBSN), Impact Malaysia dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) turut membentangkan perkembangan serta hala tuju program masing-masing.

Semoga segala keputusan dan inisiatif yang dirangka menjadi pemangkin kepada pembangunan belia yang progresif, berdaya saing dan mampan demi masa depan Malaysia.

Turut hadir YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato' Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
 

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 22-04-2026, 11:02:07
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.