Perasmian Bangunan Pusat Prestasi Tinggi Negara, Institut Sukan Negara (ISN) serta Dokumen Pelan Bakat Sukan Kebangsaan (MyTP)
- ukk
22 April 2026, Bukit Jalil - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hari ini melancarkan Bangunan Pusat Prestasi Tinggi Negara, Institut Sukan Negara (ISN) serta Dokumen Pelan Bakat Sukan Kebangsaan (MyTP) sebagai langkah strategik memperkukuh ekosistem sukan berprestasi tinggi negara.
Bangunan baharu ini berperanan sebagai hab sains sukan berteknologi tinggi, dilengkapi kemudahan pemantauan data prestasi secara masa nyata bagi menyokong peningkatan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.
Data yang diperoleh akan disepadukan dalam sistem pengurusan berpusat bagi membolehkan analisis dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.
Dokumen MyTP pula menjadi rujukan utama dalam pembangunan bakat sukan secara sistematik, bersepadu dan berasaskan sains, merangkumi keseluruhan rantaian pembangunan atlet daripada peringkat awal hingga ke tahap elit.
Turut hadir YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
