Kunjungan Hormat Ke Atas Setiausaha Kerajaan Sarawak
- ukk
27 April 2026, Sarawak - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan strategik dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak, khususnya dalam pembangunan belia dan pemerkasaan ekosistem sukan.
KBS berharap sinergi yang terjalin ini dapat terus diperkasa demi melahirkan generasi belia yang berdaya saing serta memacu kecemerlangan sukan negara.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
