Berita KBS

 Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 Sarawak

Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 Sarawak

27 April 2026, Sarawak - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, telah turun padang ke program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 Sarawak yang berlangsung di Kampung Semeba, Kuching.

Program KIBAR 2026 yang kini memasuki lokasi kedua ini berfungsi sebagai platform mendekati belia akar umbi bagi mendengar secara langsung suara, aspirasi, cabaran serta inspirasi golongan belia dalam suasana santai dan terbuka bertemakan “real talk, real issues”.

Pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk sesi dialog santai, perkongsian ilmu serta aktiviti interaktif bersama komuniti setempat. Inisiatif ini turut membuka lebih banyak ruang dan akses kepada belia, khususnya mereka yang tidak berpersatuan, untuk mendekati peluang, jaringan serta pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

Program KIBAR Peringkat Negeri Sarawak (Siri 1) 2026 ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Turut hadir, YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, yang sama-sama menyantuni para belia yang hadir.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.