BERITA KBS
Kursus Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Tahun 2026
11 Mei 2026, Negeri Sembilan - YBhg. Datoβ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS hadir merasmikan Kursus Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Tahun 2026.
Kursus ini bertujuan untuk memperkasa fungsi dan tugas Pegawai Keselamatan Kerajaan, terutamanya dalam memastikan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan personel berada pada tahap yang tertinggi serta melindungi jabatan daripada espionaj, sabotaj dan kebocoran maklumat.
PKJ dan PPKJ perlu sentiasa bertindak proaktif dalam perkara berkaitan keselamatan dengan melakukan audit dalaman dan semakan secara berkala bagi mengenal pasti kelemahan sebelum sebarang isu timbul di kemudian hari.
KBS juga komited memastikan kesedaran dan pembudayaan keselamatan perlindungan adalah menjadi tanggungjawab bersama dalam kalangan warga Kementerian.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
