Berita KBS

BERITA KBS

Malaysia Masters 2026 - Beregu Lelaki

24 Mei 2026, Bukit Jalil - Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran naib juara Malaysia Masters 2026 selepas tewas kepada pasangan Denmark dalam aksi final acara beregu lelaki.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Unifi Arena, Bukit Jalil itu turut disaksikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan yang hadir memberikan sokongan penuh kepada pasangan beregu negara.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani atas semangat juang serta komitmen tinggi yang dipamerkan sepanjang kejohanan demi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Hadir sama YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS

Kongsi: f 𝕏