Berita KBS

Karnival Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

Karnival Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Karnival Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) buat pertama kali ini menyasarkan penyertaan yang lebih besar dari kalangan belia selaras dengan tema Hari Belia Negara iaitu “ Ini Masa Kita”.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Haji Harun, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), saudara Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

YAB Perdana Menteri turut menyempurnakan pelancaran Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) yang menjadi pelengkap kepada Dasar Belia Malaysia dan selari dengan dasar nasional terkini.

Penganjuran karnival yang bermula pada 27 Mei ini turut diserikan dengan pelbagai pengisian yang mesra belia antaranya himpunan komuniti belia, Jelajah Genta Belia, bengkel kemahiran, pertandingan sukan elektronik (esports), pameran kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), jualan usahawan belia, perkhemahan sukarelawan dan sebagainya.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.