MESYUARAT JAWATANKUASA ANTI-RASUAH (JAR) PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN BIL. 1 TAHUN 2023
- ukk
8 Mac – YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil. 1/2023 buat pertama kalinya selepas menerajui KBS. Mesyuarat JAR ini merupakan platform kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengurusan kerajaan yang menumpukan kepada tiga bidang utama iaitu pengukuhan governans, pemantapan integriti dan antirasuah.
Mesyuarat yang dianggotai oleh barisan Pengurusan Tertinggi KBS dan ketua-ketua jabatan / agensi dan bahagian ini telah membincangkan pelbagai perkara serta isu merangkumi intervensi, status kemajuan inisiatif OACP dan telah dicadangkan penambahbaikkan tadbir urus organisasi. Pada masa sama sesi perkongsian pensijilan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) juga turut disampaikan oleh pegawai Majlis Perbandaran Sepang (MPS).
