Berita KBS

 Fourteenth Senior Officials Meeting on Sports (SOMS-14)

Fourteenth Senior Officials Meeting on Sports (SOMS-14)

Thailand, 29 Ogos 2023 - Fourteenth Senior Officials Meeting on Sports (SOMS-14) telah dilaksanakan dari 28-29 Ogos 2023 di Hotel Shangri La, Chiang Mai, Thailand dengan kerjasama Sekretariat Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Niwat Limsuknirun, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Jasmani, Kementerian Pelancongan dan Sukan, Thailand. 

Mesyuarat mensasarkan kehadiran Ketua Setiausaha/ Setiausaha Tetap/ Pegawai-pegawai kanan yang mewakili Kementerian/ Jabatan/ Agensi bertanggungjawab dalam hal ehwal sukan. Malaysia telah diwakili oleh Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara. 

SOMS-14 telah membincangkan perkara-perkara seperti pelaksanaan Pelan Kerja ASEAN dalam Sukan 2021-2025, potensi kerjasama dengan rakan dialog ASEAN dan rakan organisasi di bawah pelan kerja yang baharu serta hala tuju dan pembangunan sukan di kalangan Negara Anggota ASEAN. Turut hadir adalah Encik Muhamad Asyraf bin Abdul Azias @ Aziz  dari Bahagian Hubungan Antarabangsa, KBS.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 11-07-2025, 08:01:19

Jumlah Pengunjung Laman :

Search