
Majlis Memperkenalkan Skuad Bolasepak Pekak Malaysia serta Penaja bagi Program 4th World Deaf Football Championships (4th WDFC) 2023
- ukk
Petaling Jaya, 29 Ogos 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Memperkenalkan Skuad Bolasepak Pekak Malaysia serta Penaja bagi Program 4th World Deaf Football Championships (4th WDFC) 2023 di Sunway Resort Hotel.
Kejohanan ini adalah yang pertama kali diadakan di Asia dan Malaysia telah terpilih menjadi sebagai tuan rumah penganjuran. 4th WDFC akan diadakan mulai 23 September hingga 7 Oktober 2023 dan sebanyak 20 pasukan bola sepak orang pekak lelaki dan lima pasukan wanita dari seluruh dunia akan menyertai kejohanan ini.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia