Berita KBS

 Pameran "Heritage Trades of Malacca"

Pameran "Heritage Trades of Malacca"

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menghadiri pelancaran Pameran "Heritage Trades of Malacca" anjuran The Bendahari.
Beliau sempat mengunjungi pameran warisan Melaka, antaranya termasuk seni kraftangan manik, muzik keroncong dan kedai pergigian tradisi. Pameran warisan yang diadakan di rumah kedai lama telah diberi nafas baharu oleh anak muda melalui penggunaan teknologi AI dan audiovisual terkini untuk pendokumentasian.
 
Pameran seperti ini penting dalam usaha mempergiatkan peranan belia untuk menghayati dan seterusnya mewarisi tradisi negara. YBhg. Ts. Dr. berharap agar usaha seperti ini mampu diperkasakan melalui kerjasama dengan Program Rakan Muda Digital, Prihatin dan Ekspresi.
 
Beliau turut berharap program yang memperlihatkan perkongsian ilmu antara golongan belia dan warga emas dapat dikembangkan supaya sejarah dan warisan negara kekal terpelihara. Beliau juga menegaskan warisan negara ini bukan sahaja menjadi kebanggaan tetapi turut memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
Turut hadir bersama, Tuan Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan peneraju The Bendahari, Pn Melissa Chan.
 
Pameran ini antara lain telah mendapat sokongan daripada UiTM, University of Nottingham, Malaysia Campus dan National University of Singapore.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 11-07-2025, 08:01:19

Jumlah Pengunjung Laman :

Search