Berita KBS

Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Putrajaya, 31 Ogos 2023 -  Seramai hampir 428 orang Kontinjen Sukan Negara memeriahkan acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.

Kontinjen ini terdiri daripada Olimpian, atlet, dan atlet para yang telah mengharumkan nama Malaysia di pentas sukan dunia.
Kontinjen Sukan Negara ini juga turut diserikan dengan warga KBS bersama-sama dengan Rakan Muda, SATRIA, alumni Felo, Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan pelajar IKBN.

Bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” lebih 100,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sambutan yang penuh gilang gemilang ini sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat.

Sambutan juga turut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 16-12-2025, 18:24:32
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.