
Seventh ASEAN Ministerial Meeting on Sports (AMMS-7) and Related Meetings
- ukk
Thailand, 1 September 2023 - Seventh ASEAN Ministerial Meeting on Sports (AMMS-7) and Related Meetings telah dilaksanakan dari 31 Ogos hingga 1 September 2023 di Hotel Shangri La, Chiang Mai, Thailand dengan kerjasama Sekretariat Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh T.Y.T. Phiphat Ratchakitprakarn, Menteri Pelancongan dan Sukan, Thailand.
Mesyuarat mensasarkan kehadiran di kalangan Menteri yang mewakili Kementerian/ Jabatan/ Agensi bertanggungjawab dalam hal ehwal sukan. Malaysia telah diwakili oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
AMMS-7 telah membincangkan perkara-perkara seperti pelaksanaan Pelan Kerja ASEAN dalam Sukan 2021-2025, potensi kerjasama dengan rakan dialog ASEAN dan rakan organisasi di bawah pelan kerja yang baharu serta hala tuju dan pembangunan sukan di kalangan Negara Anggota ASEAN. Turut hadir adalah Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Muhamad Asyraf bin Abdul Azias @ Aziz, Bahagian Hubungan Antarabangsa, KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia