Berita KBS

Perkhemahan Keluarga di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan.

Perkhemahan Keluarga di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan, 3 September 2023 -  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan melancarkan program rintis Perkhemahan Keluarga di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan.

Program yang akan dilaksanakan di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri  ini bertujuan untuk:

✅ merakyatkan fasiliti KBS dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah; 
✅ meningkatkan hubungan dan rasa tanggungjawab kekeluargaan dalam kalangan rakyat Malaysia serta memupuk amalan nilai murni dan integriti keluarga demi keharmonian hidup; dan
✅ memupuk keseimbangan kerjaya dan kehidupan (work life balance).

Program ini juga merupakan inisiatif Rakan Muda yang menjadi platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan dalam kalangan belia. 

Menerusi gaya hidup Rakan Bumi program ini menjadi platform pendedahan dan penerokaan kepentingan dan penjagaan kelestarian alam dan iklim bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Turut hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 11-07-2025, 08:01:19

Jumlah Pengunjung Laman :

Search