Ekspo Industri Sukan Sabah (EISS) 2023
- ukk
Sabah, 2 September 2023 - Penganjuran kali pertama Ekspo Industri Sukan Sabah (EISS) 2023 ini telah menjana pulangan ekonomi sebanyak RM13.8 juta temasuk melalui pemerteraian tiga (3) MoU .
EISS 2023 yang dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan pada 2 September 2023 ini juga telah melepasi sasaran bilangan pengunjung seramai 5846 orang.
Penganjuran EISS 2023 adalah untuk memberi pendedahan penduduk negeri Sabah khususnya mengenai peranan dan sumbangan yang diberikan oleh pelbagai segmen industri sukan, termasuk pelancongan sukan, kemudahan sukan, peruncitan sukan, perubatan sukan, pengurusan acara sukan dan pendidikan sukan.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
