Berita KBS

Taklimat dan Penyerahan Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Anti-Doping Malaysia / Sesi Penyerahan Poster Pendidikan Anti-Doping Kepada Pusat Sukan IPTA.

Taklimat dan Penyerahan Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Anti-Doping Malaysia / Sesi Penyerahan Poster Pendidikan Anti-Doping Kepada Pusat Sukan IPTA.

10 Oktober 2023 Stadium Nasional Bukit Jalil - Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah melaksanakan Sesi Taklimat dan Penyerahan Surat Pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa ADAMAS bagi penggal  tahun 2023 -2024 yang melibatkan 19 orang ahli iaitu enam (6) ahli Jawatankuasa Pengurusan Keputusan, enam (6) orang ahli Jawatankuasa Pendidikan  dan tujuh (7) orang ahli Jawatankuasa Therapeutic Use Exemptions (TUE) yang telah disempurnakan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Tujuan utama penubuhan pelantikan ahli jawatankuasa Pengurusan Keputusan, Therapeutic Use Exemptions (TUE) dan juga Pendidikan ini adalah bertepatan yang akan membantu ADAMAS dalam melaksanakan fungsi utama yang melibatkan aspek Pendidikan, Pengurusan Keputusan dan Therapeutic Use Exemptions (TUE).

Di samping itu, sesi penyerahan poster juga telah dilaksanakan sebagai salah satu pendekatan penyebarluasan maklumat dan pendidikan anti-doping yang membawa mesej clean sports dan integriti dalam kalangan atlet dan pegawai sokongan atlet. Pemegang taruh utama yang turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Megat D. Shahriman bin Dato’ Zaharudin, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, YBhg. First Admiral Dato’ Subramaniam Raman Nair (R), Setiausaha Jeneral Majlis Paralimpik Malaysia, Ketua Pengarah Eksekutif ISN, Encik Ahmad Faedzal bin Ramli, wakil dari MSN serta Pengarah Pusat Sukan IPTA.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Anti-Doping Malaysia yang hadir dan memberi pandangan serta cadangan dan diharapkan agar taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab setiap Ahli Jawatankuasa Anti-Doping ini selaras dengan keperluan yang telah ditetapkan di bawah piawaian antarabangsa dan Kod Anti-Doping Dunia 2021.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 18-06-2025, 14:45:58

Jumlah Pengunjung Laman :

Search