
International Convention against Doping in Sport: Nineth Conference of Parties
- ukk
Paris, 31 Oktober 2023 - United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah mengadakan “International Convention against Doping in Sport: Nineth Conference of Parties di Ibu Pejabat Unesco, Paris, Perancis pada 25 dan 26 Oktober 2023.
Tujuan utama COP yang diadakan dua tahun sekali adalah untuk memantau pelaksanaan dan pematuhan Negara Anggota (State Parties) kepada International Convention against Doping in Sport (Konvesyen) yang telah berkuatkuasa sejak tahun 2005. Malaysia telah menandatangani Konvesyen tersebut pada tahun 2006.
Persidangan COP9 ini memberi focus kepada penilaian pencapaian Konvesyen sejak ia berkuatkuasa. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada Negara Anggota untuk membincangkan inisiatif untuk membangunkan kapasiti di samping memperkukuhkan pemantauan dan pelaksanaan beberapa instrumen ke atas Konvesyen, mekanisme pendanaan termasuk Fund for the Elimination of Doping in Sport dan model rangka strategik berkaitan anti-doping. Pencapaian pematuhan Negara Anggota kepada Konvensyen bagi pusingan tahunan 2022-2023 juga dilaporkan semasa Persidangan tersebut.
Persidangan ini telah dihadiri oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu (Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan), dan Puan Azura binti Abidin (Pengarah Anti-Doping Malaysia).