Berita KBS

MSN METERAI MOU DENGAN UTAR, IIC DAN S2U

MSN METERAI MOU DENGAN UTAR, IIC DAN S2U

Bukit Jalil, 1 November 2023 -  Majlis Sukan Negara memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Imperium International College (IIC) dan Scholarships2u pada Rabu bertempat di M-S-N Bukit Jalil. Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan menerusi MSN itu bertujuan untuk meggalakkan lebih ramai atlet dan bekas atlet untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pada Majlis tersebut, MSN diwakili Ketua Pengarah , YBrs. Encik Abdul Rashid manakala UTAR diwakili Professor Dr. Choong Chee Keong, Naib Presiden Student Development dan Alumni Relations UTAR, Puan Anne Rajasaikaran, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIC dan Encik Gan Lian Lee, Ketua Pegawai Eksekutif S2u.
 
Turut hadir sama menyaksikan MoU, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 18-06-2025, 14:45:58

Jumlah Pengunjung Laman :

Search