
Battleground Malaysia: Road To Gold Grand Final
- ukk
Putrajaya, 3 November 2023 - Tahniah dan Syabas buat Team Danny dinobatkan Juara Battleground Malaysia: Road To Gold.
Battleground Malaysia: Road To Gold Grand Final yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre menyaksikan tiga pasukan iaitu Team Danny, Team Lego dan Team Seven berentap merebut gelaran Juara Battleground Malaysia: Road To Gold.
Team Lego berjaya meraih Naib Juara manakala Kay dari Team Danny merangkul kategori Juara Individu.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Hadir sama YBhg. Ts. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan yang diperkasakan menerusi program Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik!
#TeamKBS #DemiMalaysia
#MalaysiaMADANI