
Program Wacana Pemimpin Muda Negeri Terengganu
- ukk
Kuala Terengganu, 6 Oktober 2023 - Program Wacana Pemimpin Muda Negeri Terengganu telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Auditorium 1, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Program ini berjaya mengumpulkan sebanyak 411 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia di Terengganu.
Pelbagai pengisian yang bermanfaat serta penuh dengan informasi diadakan pada program ini antaranya sesi perkongsian Jom Masuk Persatuan, Integriti dalam Pertubuhan Belia, Kepimpinan Anak Muda Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan 2019).
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Abdul Hazif bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu dan turut hadir di program ini adalah Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia dan Puan Afifa Sofina binti Azmi, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Sebanyak 42 pertubuhan belia telah menerima Sijil Penarafan Bintang 3,4 dan 5 Bintang bagi tahun
2021 dan 2022.