
Perbincangan Mengenai Hala Tuju dan Potensi Ekonomi Gig dalam bidang TVET
- ukk
Putrajaya, 7 November 2023 - Dalam usaha memacu gig sebagai trend pekerjaan global, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu hari ini bertemu tujuh syarikat penyedia platform digital berbincang mengenai hala tuju dan potensi ekonomi gig dalam bidang TVET.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah mempersijilkan pekerja gig dan memperluas penglibatan pelajar TVET dalam sektor baharu tersebut.
“Kami (KBS) sedia menerima dan mempertimbangkan segala bentuk cadangan dan pandangan daripada semua pihak dalam usaha menjadikan ekonomi gig dan TVET ini sebagai pilihan yang menarik dan terbaik untuk golongan muda” kata Nagu dalam ucapanya.
Turut hadir Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS, Shahrul Affendi Baharudin.
Terima kasih diucapkan kepada Shopee, Troopers, Pcari, Carsome, Food Panda, Bateriku dan Grab!
