
BENGKEL SEMAKAN SEMULA PELAN PENGURUSAN RISIKO RASUAH (CRM) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
- ukk
Bukit Jalil, 31 Oktober 2023 - Unit Integriti (UI) KBS dengan usaha sama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) Peringkat KBS yang melibatkan penyertaan pegawai focal integriti daripada bahagian, jabatan dan agensi di bawah KBS. Tujuan semakan semula ini dibuat adalah untuk menambahbaik CRM yang telah tamat tempoh lima (5) tahun serta membuat semak dan imbang.
Bengkel ini turut dibantu oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memberi khidmat nasihat dan pendidikan intervensi. Turut hadir Puan Geetha Ramachandran, Ketua Unit Integriti KBS.