
Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan E-Sukan - Team MAS Tigers
- ukk
Bukit Jalil, 8 November 2023 - Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan E-Sukan, Team MAS Tigers yang akan menyertai kejohanan "Honor of Kings International Championship 2023" telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Team MAS Tigers akan menyertai kejohanan yang dijangka berlangsung pada 28 November hingga 30 Disember 2023 di Shanghai, China bersama 27 pasukan profesional daripada seluruh dunia.
Team MAS Tigers turut menerima geran bantuan penyertaan daripada Majlis Sukan Negara dan pada majlis sama juga turut berlangsung penyerahan penajaan kepada pasukan negara.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI