
Pertemuan Presiden MIFA bersama YBhg. Ts Dr KSU KBS
- ukk
Putrajaya, 10 November 2023 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan perbincangan bersama En KV Anpananthan, Presiden Malaysia Indian Football Association (MIFA) dan YBhg. Dato' Mirnawan Nawawi pada 10 November 2023 di Menara KBS, Putrajaya.
Antara perkara yang dibincangkan adalah pencarian bakat pelapis pemain bola sepak, peranan sukan dalam memupuk perpaduan, pembangunan belia secara holistik serta peluang kerjasama antara KBS dan MIFA pada masa akan datang.
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Puan Ramona Razali, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Tuan Haji Abdul Rashid Yaakub, Pengurus besar NFDP, En. Muhamad Yusuf Ibrahim, Setiausaha Bahagian Dasar, En. Mohd Jeffery Yon serta beberapa pegawai KBS yang lain.