Majlis Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2023
- ukk
Putrajaya, 14 November 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dianugerahkan Anugerah Ikon MyProjek di Majlis Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2023 bertempat di Putrajaya.
APN 2023 yang julung kali dianjurkan ini, merupakan inisiatif ICU JPM bagi mengiktiraf usaha serta komitmen Kementerian/Jabatan/Agensi dalam melaksanakan projek-projek pembangunan selaras dengan usaha untuk memacu pencapaian Kajian Separuh Penggal (KSP) KRMKe-12 ke arah Mempertingkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam.
APN 2023 merupakan platform bagi perkongsian kejayaan dan amalan pengurusan program/projek terbaik di peringkat kementerian serta agensi Kerajaan, seterusnya boleh dijadikan sebagai penanda aras dalam memastikan impak pelaksanaannya mencapai outcome dan memberi manfaat kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
