Berita KBS

 Majlis Penutup ASEAN Women in Sports Conference 2023

Majlis Penutup ASEAN Women in Sports Conference 2023

Subang Jaya, 16 November 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Penutup ASEAN Women in Sports Conference 2023 di Subang.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 14 November 2023 menghimpunkan pemimpin, penggiat-penggiat sukan dan legenda Sukan Asia Tenggara dan disertai 12 wakil negara ASEAN dan 100 orang peserta daripada pelbagai Kementerian, Majlis-majlis Sukan Negeri dan Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan. 

Fokus persidangan adalah membincangkan resolusi berkaitan empat elemen iaitu kepimpinan, kejurulatihan, gaya hidup aktif dan keterampilan yang dijadikan sebagai asas pembentukan polisi program keterlibatan wanita dalam sukan. 

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.