Berita KBS

Kunjungan Hormat ke atas  Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED)

Kunjungan Hormat ke atas Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED)

Kuching, Sarawak, 17 November 2023 - YBhg. Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mengetuai kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Frederick Morshidi, Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) bertempat di Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) Kuching.

Objektif kunjungan hormat ini bagi merapatkan kerjasama dan perancangan strategik berkaitan pembangunan belia dan sukan di antara pihak Persekutuan dengan Kerajaan Wilayah Sarawak. Antara isi perbincangan adalah penganjuran SUKMA dan PARA SUKMA Sarawak 2024, fasiliti sukan, TVET, usahawan belia dan lain-lain. 

Turut hadir semasa sesi kunjungan hormat ini adalah Pegawai-pegawai kanan daripada MYSED dan KBS.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.